Monday, 7 September 2015

KEJAM!! Nenek Maut Disembelih Cucu Di Kuala Terengganu




SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat disembelih, pagi tadi.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu.
Jiran yang menemui Halimah Taib, 78, kira-kira 9.30 pagi dalam keadaan sudah tidak bernyawa bertindak menghubungi pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian..

Difahamkan selepas membunuh neneknya, suspek yang berkain pelikat pergi ke surau sambil membawa bersamanya pisau yang berlumuran darah...
Dia dikatakan mengaku sudah menyembelih neneknya lalu ditahan oleh orang kampung.
Berdasarkan cerita jiran, suspek sudah seminggu datang ke rumah neneknya itu dan ada memanjat pokok duku untuk mengambil buahnya yang dibeli oleh peraih yang datang sebelum kejadian.


Suspek ditahan manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat...

Kejadian disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar. – MYNEWSHUB.CC




sumber http://bangangberita.blogspot.my/


BACA JOMM!!! HANTARAN MAHAL LELAKI INI BUAT BAKAL MERTUA SENTAP



Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami..

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, izinkan saya berzina ngan anak pakcik?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik tenang je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. – ( TQS An Nuur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.

Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal...

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.!!

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik...

Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat...

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.

Petang ni takde mood nak keluar, sorry...

Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah makhluk yang ke tiga.


Sumber http://www.cakapmalas.com/


SAKSIKAN!!! Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin Yang Anda Tak Pernah Lihat

Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah).dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini...



Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh. Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta...

Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini? ”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok” ( al-Hasyr : 14 ) Tengok Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin yang lain kat bawah...


Umat Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah, saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba...







sumber http://abusyahirah.blogspot.my/


10 FOTO.Pembedahan Plastik FAIL Yang ..Tak Sanggup Anda Lihat..

 ..










sumber http://www.beritamalaysiakini.com/


JOM BACA..Kisah Benar!!! Disebalik Kejayaan Wanita Pertama Malaysia Miliki Supercar BMW i8 RM1.2 Juta!

4 bulan yang lalu wanita ini berkelana jauh ke beberapa negara sekitar Eropah. Namun siapa sangka ‘pertemuan’ singkat dengan supercar BMW i8 yang berharga RM 1.2 juta ini ketika di Jerman menjadikan dirinya wanita Malaysia pertama mampu memilikinya.

Bak kata pepatah ‘genggam bara api biar jadi arang’, wanita yang lebih dikenali dengan nama Ellybillionaire buktikan sesuatu itu tidak mustahil untuk dicapai jika adanya semangat dan usaha yang gigih.


Namun siapa dan bagaimana wanita ini mampu memiliki BWM i8 tersebut? Ini bukan cerita MLM atau skim cepat kaya, tapi kisah sebenar yang boleh dijadikan contoh buat mereka yang mahukan perubahan. Memang meleleh habis tengok kereta tu.


Saya pernah merasai kepayahan hidup. Kami empat beradik dibesarkan sederhana dalam keluarga penjawat awam. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Gambang, Pahang, hidup kami semakin susah apatah lagi ayah meninggal dunia pada usia saya 18 tahun.

“Ketika itu ibu juga sudah bersara awal sebagai kakitangan kerajaan. Pergi ke kedai pajak gadai adalah perkara biasa. Bahkan bagi menjana pendapatan lebih, saya juga pernah berniaga kain batik dan nasi lemak semasa menuntut di universiti.


Tolak gaji RM1750 sebulan dan kejar impian


Demi mengejar cita-cita dan keluar dari kepompong kepayahan hidup, wanita ini nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang juruaudit bergaji RM1750 kepada perunding unit amanah saham.

Ternyata keputusannya tidak sia-sia.

Gadai emas pusaka di awal karier


Seperti orang lain, saya juga berdepan kesukaran ketika kerjaya baharu bermula. Saya perlu bersedia dengan penolakan daripada mereka yang mahu didekati. Selain itu, faktor kewangan juga memberi cabaran kerana kami tiada gaji tetap dan bersandarkan komisen daripada jualan unit saham semata-mata.

Pada masa itu, sekali lagi saya terpaksa menggadaikan barang kemas pusaka demi menyara hidup pada bulan pertama kerana wang yang banyak diperlukan untuk membayar bil telefon.

Salah satu cara berkesan untuk mendapatkan klien baharu adalah menerusi telefon, itu antara kaedah pemasaran yang saya gemar lakukan.Tetapi usaha keras saya berbaloi kerana pada bulan pertama, pendapatan yang diperoleh sudah mencecah RM5,000, pada bulan kedua sebanyak RM15,000 dan mendapat RM40,000 pada bulan ketiga.

Hampir 14 tahun dalam Unit Trust


Setiap usaha perlu bermula dari bawah dan banyak yang perlu dilalui. Hampir 14 tahun di dalam bidang diceburi, wanita ini kini merupakan president kepada EB Champion United (EBC) iaitu agensi perunding unit amanah.

Malah beliau telah banyak melahirkan ramai jutawan dibawah programnya yang masing-masing kini mampu memiliki kereta mewah dan pendapatan yang cukup lumayan.

Rekod 7 tahun berturut-turut, pecah dominasi bukan Bumiputera




Atas usaha yang berterusan, wanita ini merupakan Pengurus Agensi Kumpulan no 1 di dalam Public Mutual selama 7 tahun berturut-turut sejak 2008.

Lebih manis, dirinya insan pertama yang berjaya memecah dominasi bukan bumiputera yang sebelum ini memenangi anugerah tersebut. Sesuatu yang membanggakan!

Rahsia dalam bidang ini



Ditolak dan dihalau dalam pelbagai cara sama ada kasar atau lembut adalah lumrah dalam dunia kerjaya ini terutamanya kepada mereka yang tidak faham tentang unit amanah atau tidak ada masa untuk mendengar penerangan. Jadi sebagai seorang perunding, kita perlu pandai mengambil hati mereka dengan cara berkomunikasi yang betul...

Kalau ditolak, janganlah berasa sedih atau berputus asa. Jangan fikirkan sangat tentangnya kerana ia boleh membuatkan kita menjadi semakin negatif. Sebaliknya fikir dan ‘hiburkan’ matlamat kita. Biar matlamat menguasai perasaan itu...


Kejayaan wanita ini bukti yang kita semua pun mampu capai apa yang diidamkan jika berusaha. Moga ianya bolah dijadikan contoh buat orang ramai...

sumber http://www.sembangsembang.com/


SUPER COMEL!! FOTO SELEBRITI POPULAR BERSAMA ANAK MASING-MASING



Cahaya mata merupakan anugerah yang sangat tidak terkira nilainya malah turut memberikan sinar baru di dalam sebuah keluarga. Memegang status selebriti pula dalam masa yang sama turut membuatkan cahaya mata mereka menjadi tumpuan malah, cahaya mata sulung Che Ta bersama Zain Saidin iaitu Aaisyah sendiri pun sudah mempunyai pengurusannya sendiri...!!


Kami kongsikan bersama anda gambar beberapa barisan selebriti bersama anak mereka yang pastinya comel-comel belaka dengan gelagat masing-masing malah Lara Alana pun sudah ada Instagram sendiri!!














sumber http://www.cakapmalas.com/


Sunday, 6 September 2015

Benar Kata Pepatah !!! Kalau Muka Sama Biasanya Adalah Jodoh ... Jom Layan Foto Pengantin Berwajah Seiras .. Anda Pasti Tergamam Lihat Foto No 8..Macam Kembar


 #Biasa orang cakap muka suami isteri seakan akan atau sama jodoh panjang kan????

#Macam adik beradik......

#Tengok antara koleksi gambar suami isteri ini berwajah hamapir sama......






  yang bawah nie paling sama kan???adoilah merannnn