Doktor di bandar ini melakukan pembedahan ke atas seorang lelaki bagi membuang lima kilogram najis daripada tubuhnya...
Mengikut akhbar harian West China Metropolis Daily, pesakit itu berusia 27 tahun, sebelum ini mengadu sakit perut amat teruk dan mengalami sembelit sejak kira-kira 10 tahun lalu...
Selepas dimaklumkan doktor bahawa mereka gagal menemui sumber penyakitnya sedekad yang lalu, pakar perubatan dari hospital kedua di sini akhirnya menemui masalah itu selepas menjalankan ujian sinar-X...
Selepas mendiagnosis pesakit dengan penyakit “kolon mega kongenital”, doktor menemui najis amat besar yang menyebabkan ususnya membesar dua kali ganda berbanding saiz biasa, malah menyebabkan jantungnya beralih ke bahagian kanan.
Mengambil kira faktor penyakit mangsa sejak sedekad lalu, lelaki itu dianggap amat bertuah kerana tidak menemui ajal seperti nasib remaja England, Emily Titterington.
Pada Februari 2013, Titterington, 16, yang turut mengidap autisme ringan terkena serangan jantung dan maut selepas lapan minggu sembelit...
sumber http://www.mummynemo.com/
Sunday, 6 September 2015
Filled Under:
MENGEJUTKAN!!! Doktor Keluarkan 5kg Najis Dalam Badan Lealki Ini...
Posted By:
hikmah
on 17:51
0 comments:
Post a Comment